LITERASI |
|
Apakah Literasi ?
Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Konstruk Literasi.
Proses Saringan:
Kategori Murid
1. Mulai tahun 2013, murid akan dikategorikan kepada Menguasai dan Tidak Mengusai. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai murid arus perdana, LINUS dan LINUS Tegar.
2. Murid Mengusai ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstrak 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

- konstruk 1 : keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
- konstruk 2 : keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
- konstruk 3 : keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka.
- konstruk 4 : keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
- konstruk 5 : keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
- konstruk 6 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng".
- konstruk 7 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
- konstruk 8 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
- konstruk 9 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding.
- konstruk 10: keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
- konstruk 11: keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
- konstruk 12: keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Proses Saringan:
- Semua instrumen saringan dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid.
- Proses saringan dilaksanakan secara standard, dijalankan secara serentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
- Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Saringan mesti dilaksanakan oleh guru.