Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pembuka bicara pemanis bahasa, Selamat melayari halaman saya, Program LINUS menjadi agenda utama.
Paparan di halaman ini membawa anda semua mengenali program LINUS dengan lebih dekat.
Satu program yang diperkenal bagi mengatasi masalah keciciran 3M (membaca, menulis dan mengira) yang menjadi perhatian KPM dan menjadi satu agenda dalam bidang NKRA.
Semoga paparan ini bermanfaat untuk semua terutamanya di kalangan pendidik dan murid serta menjadi panduan kepada ibu bapa secara tidak langsung.
Pengenalan Literasi dan Numerasi sebagai sub-NKRA
Semua murid akan boleh menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan rendah.
Bagi murid berkeperluan khas-meliputi murid-murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, masalah kepelbagaian deria dan masalah fizikal. Kurikulum yang khusus telah dibina bagi murid-murid berkeperluan khas ini.